Tepat jam 2.30 a.m..aku terjaga dari tidur..dalam keadaan mamai aku terasa telinga kananku macam tersumbat..dengan penuh keyakinan aku menghembus nafas sambil menutup hidung..ya..ada sesuatu yang keluar dari telinga aku..kemudian, dengan selamba
plus yakinnya aku meraba telingaku..
Ya ALLAH!!!!!ulat gonggok!!!
kemudian aku terus menarik dan mencampak keluar haiwan kecil dan menggelikan itu secara spontan..ooucchh!!!sakitnya!!aku terus menjerit sambil menangis(biasala perempuan kan....)..
Ketika itu, Allah sahaja la yang tahu betapa sakitnya telingaku..terasa macam lubang telingaku terbakar dan melecur..ya Allah..pedihnya..kemudian dengan baik hatinya kakakku menyapu ubat dan memberi aku panadol..barulah terasa lega sedikit walaupun sakitnya masih terasa..
Akibat kejadian yang x disangka itu..sepanjang malam aku tidak tdur..dalam fikiranku..aku memohon..ya Allah..Kau kurangkan lah sakit ini ya Allah..aku tidak sanggup nak menanggungnya ya Allah..
Kemudian..aku terfikir..hanya kerana seekor ulat gonggok aku terasa begitu pedih dan sakit..ini hanya ujian untuk aku di dunia..tetapi bagaimana azab di akhirat kelak..azab di dalam kubur..orang-orang yang meninggalkan sembahyang..yang melewatkan solat..badan mereka ini akan dimakan oleh ulat-ulat..bukan sahaja ulat gonggok..bermacam-macam ulat..nauzubillah..
Ya Allah..Kau ampunilah aku, ibu bapaku, saudara-maraku, sahabat-sahabatku, dan seluruh umat Islam di dunia ini..Ya Allah..Kau lindungilah kami daripada azabMu yang amat pedih..kerana kami hanyalah hambaMu yang lemag..Amin...